ISTANBUL, 29 Ogos – Kelab Turkiye, Besiktas, memecat Ole Gunnar Solskjaer, selepas bekas pengurus Manchester United itu gagal membawa pasukan berkenaan mara ke saingan Liga Konferensi UEFA (UECL).
Keputusan itu diambil selepas Besiktas tewas mengejut 0-1 di laman sendiri kepada kelab Switzerland, Lausanne, pada aksi timbal balik playoff.
Besiktas sebelum itu hanya mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan pertama di gelanggang lawan.
Solskjaer, 51, menyertai Besiktas pada Januari lalu dan berjaya membawa pasukan itu menamatkan saingan Super Lig Turkiye musim lalu di tangga keempat. - REUTERS