Kuala Lumpur, 13 Ogos - Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva, menyamai rekod legenda bola sepak negara, Indra Putra Mahayuddin, sebagai penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman dengan 106 gol.
Pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan gol pada masa tambahan untuk membantu skuad Harimau Selatan menewaskan Negeri Sembilan FC 5-3 di Stadium Sultan Ibrahim.
Musim lalu, Bergson mencipta rekod baru apabila meledak 32 gol dalam Liga Super dan meraih gelaran Golden Boot.
Sejak menyertai JDT pada 2021, Bergson telah menjaringkan lebih 150 dalam semua perlawanan bersama Harimau Selatan.