OHIO, 13 Ogos - Pemain pilihan kedua dari Sepanyol, Carlos Alcaraz mara ke pusingan 16 terbaik Terbuka Cincinnati menewaskan Hamad Medjedovic dari Serbia, 6-4, 6-4.
Ia sekali gus kemenangan ke-50 musim ini.
Kejayaan itu juga merupakan kemenangan ke-13 berturut-turutnya di kejohanan ATP Masters 1000.
Alcaraz memanfaatkan tiga daripada tujuh peluang mata penentuan.
Medjedovic, yang dirawat akibat sakit leher selepas set pertama, meningkatkan tempo pada set kedua lebih banyak kesilapan berbanding lawannya.
“Saya tahu dia pemain yang sangat bertenaga, Pukulannya sangat sukar untuk dipulangkan. Dia juga memiliki servis yang hebat. Saya tahu dia tidak suka berlari terlalu banyak dari sisi ke sisi, jadi rancangan saya ialah memaksanya berlari sebanyak mungkin" kata Alcaraz.
Juara Monte Carlo dan Rom itu seterusnya akan bertemu pemain Itali, Luca Nardi, dalam usaha memburu gelaran Masters 1000 kelapan.
Terdahulu, Andrey Rublev bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Alexei Popyrin 6-7(5), 7-6(5), 7-5 dalam pertarungan sengit selama tiga jam setengah.