KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Majlis Sukan Negara (MSN) bakal menganjurkan bengkel kajian semula prestasi Sukan Asia.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata bengkel bersama pemegang taruh dan pakar Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) yang dijadual pada 8 November depan itu merupakan sebahagian persiapan menghadapi temasya sukan peringkat antarabangsa.
"13 jenis sukan penyumbang pingat menunjukkan prestasi baik berbanding Sukan Asia 2018 Jakarta, 2014 di incheon. Malaysia mencapai lebih sasaran pingat meskipun tenpin bowling dan silat tidak dipertandingkan," katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 27 pingat dengan membawa pulang keseluruhan 32 pingat pada Sukan Asia Hangzhou 2022.