fb fb fb fb fb

KPM proaktif praktik Kod Sukan Selamat untuk pelajar dan jurulatih

FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 19 Oktober- Kementerian Pendidikan (KPM) proaktif dalam menjamin keselamatan atlet sekolah menerusi penggunaan Kod Sukan Selamat melibatkan jurulatih dan pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata penerapan kod itu selaras dengan hasrat kementerian dalam mewujudkan ekosistem selamat untuk pelajar yang bersukan serta dilindungi termasuk gangguan seksual, buli dan pengantunan akan terpakai untuk semua jenis kejohanan sukan di peringkat KPM.

"Kita nak pastikan bahawa anak-anak kita sihat dan selamat di dalam sekolah atau di luar ketika mereka menjalani aktiviti sukan. Tidak kira mereka di sekolah biasa atau sekolah sukan sekalipun. Mereka yang menyertai kejohanan ini adalah murid-murid yang sangat berpotensi.

Jadi, di pihak kementerian baik KPM dan KBS ia adalah satu tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan mereka semua," kata Hui Ying kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Olahraga MSSM kali ke-63, di sini.

Kod Sukan Selamat yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai panduan dan rujukan komuniti sukan mengenai skop sukan selamat dan tanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti sukan khususnya yang membabitkan atlet kanak-kanak.

rtm
(FOTO BERNAMA)

Media Baharu