fb fb fb fb fb

'Belum masanya untuk menekan butang panik' - Choong Hann

BUKIT JALIL, 2 Julai - Belum masanya untuk menekan butang panik.

Itu penegasan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann berhubung perkembangan pemain perseorangan lelaki yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa selepas Lee Zii Jia meninggalkan BAM.

Jelas beliau, barisan kejurulatihan sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara selain memiliki beberapa pemain pelapis berpotensi.

Choong Hann juga memaklumkan, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Pengarah Pembangunan Remaja, Datuk Misbun Sidek dalam menjayakan misi tersebut.

"Kami selalu bekerjasama dan berbincang strategi untuk mempercepatkan lagi proses mutu prestasi pemain kami, kadang-kala masing-masing mempunyai fokus dan memberikan peluang untuk mereka berlatih bersama-sama.

"Memang ada pemain muda yang namun perlu diberikan sedikit waktu untuk membina keupayaan mereka," katanya kepada media ketika separuh akhir kejohanan Terbuka Malaysia di Axiata Arena, hari ini.

(Ng Tze Yong dilihat sebagai pemain yang mampu menjadi sandaran utama negara/FOTO Badminton Photo)

Dengan lapan pemain perseorangan muda berada di bawah naungan BAM, hanya Ng Tze Yong dilihat sebagai pemain yang mampu menjadi sandaran utama negara.

Sebelum ini, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meminta barisan kejurulatihan supaya melahirkan lebih banyak jaguh perseorangan lelaki yang mampu mencabar pingat di kejohanan utama, serta mengurangkan kebergantungan kepada Zii Jia.

Media Baharu