fb fb fb fb fb

Berita gembira peminat Liverpool, Salah sambung kontrak jangka panjang

LONDON, 2 Julai - Bintang penyerang Liverpool, Mohamed Salah akhirnya menandatangani kontrak lanjutan jangka panjang di Anfield, sekali gus menamatkan terus spekulasi masa depannya bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Salah dilaporkan menyambung kontraknya sehingga 2025 selepas ketiadaan rakan gandingannya Sadio Mane yang menyertai Bayern Munich bulan lalu.

(FOTO FAIL)

Bintang Mesir itu telah meledak 23 gol buat Liverpool musim lalu dan berkongsi anugerah Kasut Emas dengan penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min.

Meskipun menjangkau usia 30 tahun, Salah berjaya menyumbang 31 gol dalam semua kejohanan buat The Reds dan membantu pasukannya memenangi Piala Liga Inggeris dan Piala FA.

Dia yang menyertai kelab Merseyside itu dari AS Roma pada 2017, sebelum ini berpotensi meninggalkan Liverpool secara percuma jika kontraknya yang tamat musim depan tidak disambung dengan segera. - REUTERS

Media Baharu