LYON, 3 Januari- Kelab Bundesliga, Hoffenheim, telah menandatangani penyerang Nigeria, Gift Orban, dengan yuran perindahan bernilai 9 juta euro dari kelab Perancis, Lyon, pada Khamis.
Pemain berusia 22 tahun itu tidak mendapat banyak peluang beraksi di Lyon selepas menyertai mereka setahun yang lalu dari kelab Belgium, Gent.
Orban telah menjaringkan lima gol dalam 21 penampilan untuk Lyon, tetapi tidak bermain dalam liga sejak September lalu.
"Lyon mengucapkan selamat maju jaya kepada Gift dalam pengembaraannya yang baru," kata kelab tersebut.
Orban diharapkan dapat menambah kekuatan dari segi kelajuan dan keupayaan untuk mengembangkan permainan di sayap serangan pasukan Hoffenheim.
"Dalam Gift Orban, kami telah menemui penyerang pantas yang kami cari," kata pengarah Hoffenheim, Andreas Schicker.
"Kami yakin bahawa kemahiran beliau akan memberikan variasi lebih dalam serangan pasukan kami."-AFP