fb fb fb fb fb

Bellingham kini sah milik Real Madrid

(FOTO AFP)

MADRID, 16 Jun-Pemain kebangsaan England, Jude Bellingham kini sah milik Real Madrid.

Kelab gergasi Sepanyol itu mengumumkan pembelian bernilai €103 juta Euro atau (RM517 juta) sekaligus menjadikannya antara pemain Inggeris termahal dalam sejarah.

Bintang Borrusia Dortmund itu mengikat kontrak bersama Real untuk tempoh enam tahun.

Bellingham merupakan pemain ketiga Real yang berharga sekurang-kurangnya €100 juta Euro selepas Gareth Bale.

Perpindahan itu sesuatu yang berbaloi buat Madrid, dengan Bellingham sudah diiktiraf sebagai antara pemain terbaik dunia pada usia hanya 19 tahun.

Dia menjaringkan 24 gol dalam 132 perlawanan bersama Dortmund selain menjuarai Piala Jerman pada 2021.

Real, juara Eropah 14 kali kini sedang dalam usaha memperkuat kembali jentera serangan selepas kehilangan beberapa pemain berprofil tinggi seperti Karim Benzema, Eden Hazard, dan Marco Asensio.-AFP


(Pemain England, Jude Bellingham/FOTO AFP)

Media Baharu