fb fb fb fb fb

Badminton: Choong Han sah letak jawatan

(FOTO FB BAM)

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Wong Choong Hann sah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan.

Perkara itu diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut BAM, pihaknya kini berdepan tugas mencabar bagi mencari pengganti yang berkebolehan untuk mengisi kekosongan itu.

(FOTO FAIL)

Buat sementara, tempat Choong Hann yang dilantik sebagai pengarah kejurulatihan pada November, 2018 akan diisi oleh Hendrawan sambil dibantu Datuk Tey Seu Bock serta James Chua.

Dalam kenyataan itu juga, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria merakamkan penghargaan kepada bekas naib juara dunia itu atas sumbangan besarnya kepada badminton Malaysia.

Sementara itu, Choong Hann melahirkan rasa terima kasih kepada BAM kerana memberi peluang untuk berkhidmat.

Namun beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berundur meneruskan minatnya sendiri.

Media Baharu