(Skuad bola sepak wanita kebangsaan Jamaica atau 'Reggae Girlz' bagi kempen Piala Dunia 2023)
KINGSTON, 16 Jun- Pemain bola sepak antarabangsa wania Jamaica, dan penyerang Manchester City, Khadija Shaw, meluahkan kekecewaan yang teramat dengan kekurangan sokongan daripada Persekutuan Bola Sepak Jamaica (JFF) menjelang Piala Dunia Wanita.
Para pemain berkata tumpuan mereka telah dihalang oleh beberapa isu seperti perancangan yang tidak mencukupi dan akses kepada sumber yang sesuai menjelang kejohanan yang bermula pada 20 Julai di Australia dan New Zealand.
"Layak ke Piala Dunia kedua adalah sesuatu yang tidak pernah dibayangkan atau difikirkan mungkin untuk Reggae Girlz," tulis pemain dalam surat terbuka yang disiarkan di media sosial pada Khamis.
“Pada masa di mana kami harus memberi tumpuan semata-mata kepada persediaan untuk bersaing di pentas terbesar dunia, malangnya kami terpaksa meluahkan kekecewaan kami terhadap Persekutuan Bola Sepak Jamaica.
"Kami telah duduk bersama persekutuan untuk menangani kebimbangan yang timbul membabitkan perancangan pasukan, pengangkutan, penginapan, syarat latihan, pampasan, komunikasi, pemakanan dan akses kepada sumber yang sewajarnya.
"Kami juga telah hadir berulang kali tanpa menerima pampasan yang dipersetujui secara kontrak," tambah mereka.
Awal tahun ini, Presiden JFF Michael Ricketts berkata badan induk itu sedang bergelut untuk mencari dana bagi membiayai kempen Piala Dunia.
Penyerang Chicago Red Stars, Cheyna Matthews berkata, ibu kepada salah seorang rakan sepasukannya di kelab Bola Sepak Profesional Wanita telah memulakan kempen 'crowdfunding' untuk mengumpul AS$100,000 kahs buat skuad Jamaica.
Setiap pemain di Piala Dunia Wanita akan dijamin sekurang-kurangnya AS$30,000 selepas FIFA mengumumkan awal bulan ini bahawa sebahagian daripada hadiah wang itu akan diagihkan kepada individu dan bukannya persekutuan kebangsaan.
JFF mengumumkan perjanjian penajaan untuk pasukan wanita dengan rangkaian makanan segera pada Khamis dan Ricketts memberitahu Nationwide News Network badan induk memandang serius kebimbangan pemain.
"Kami mahu memastikan kami menyediakan sebanyak yang kami boleh untuk kesemua pemain, yang pasti kami fikir akan beraksi dengan baik di Piala Dunia," katanya kepada stesen radio.
Jamaica, yang tewas ketiga-tiga perlawanan pada Piala Dunia pertama mereka empat tahun lalu, memulakan kempen 2023 mereka pada 23 Julai menentang Perancis di Sydney.-AFP
(Khadija Shaw / REUTERS)