fb fb fb fb fb

Belgium, Sepanyol sah ke Final 8 Piala Davis

Pemain skuad Piala Davis Belgium, Raphael Collignon meraikan kejayaan pasukannya mara ke Final 8 / REUTERS

SYDNEY, 15 September - Belgium dan Sepanyol melengkapkan senarai lapan pasukan terbaik Davis Cup selepas mencatat kemenangan dramatik dalam aksi kelayakan pada Ahad.

Di Sydney, Belgium menewaskan Australia 3-2 hasil kemenangan penentuan oleh Raphael Collignon yang bangkit menundukkan Aleksandar Vukic 6-7(5), 6-2, 6-3.

Terdahulu, Alex de Minaur menghidupkan peluang Australia apabila menewaskan Zizou Bergs dalam aksi keempat selepas Jordan Thompson dan Rinky Hijikata memenangi perlawanan beregu. Namun, kemenangan Collignon memastikan Belgium mara.

Di Marbella, Sepanyol pula mencatat kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Denmark 3-2.

Pasangan Pedro Martinez dan Jaume Munar membuka ruang kebangkitan dengan kemenangan beregu sebelum Martinez menundukkan pemain nombor 11 dunia, Holger Rune, 6-1, 4-6, 7-6(3).

Pablo Carreno Busta kemudian menamatkan kebangkitan penuh bersejarah itu dengan kemenangan mudah 6-2, 6-3 ke atas Elmer Moller. Ia kali pertama Sepanyol bangkit daripada ketinggalan 0-2 dalam sejarah Davis Cup.

Belgium dan Sepanyol menyertai Argentina, Austria, Perancis, Jerman, Republik Czech serta juara bertahan Itali dalam kelompok Final 8 yang akan berlangsung di Bologna dari 18 hingga 23 November ini.-REUTERS

1509 DAVIS CUPSkuad Piala Davis Sepanyol / REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE