fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023: Peruntukan sama rata buat semua jenis sukan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 21 Februari-Kementerian Belia dan Sukan tidak akan 'menganaktirikan' mana-mana sukan, termasuk sukan elektronik.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata peruntukan kementerian menerusi Belanjawan 2023 merangkumi semua jenis sukan secara sama rata, demi memastikan kelangsungan pembangunan sukan negara.

"Kita beri keutamaan kepada semua jenis sukan. Kita ada banyak jenis sukan seperti yang saya telah jelaskan.Tiada bajet khas untuk E-Sukan. Sukan ini telah menjadi Sukan Perdana. Ini bagus kerana akan ada peruntukan buat E-Sukan setiap tahun", katanya dalam sidang media di ibu negara semalam.

Sebarang keputusan mengenai jumlah peruntukan untuk KBS akan diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

(E-Sukan/ Foto RTM)

Media Baharu