fb fb fb fb fb

Tiada rundingan kontrak antara Bellingham dan Dortmund

(FOTO AFP)

BERLIN, 21 Februari- Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Sebastian Kehl mendedahkan tiada sebarang rundingan lanjutan kontrak bersama pemain tengah Jude Bellingham, namun berharap pemain tersebut dapat kekal bersama kelab itu pada musim depan.

Bercakap kepada akhbar tabloid Jerman, Blid, Kehl menyatakan pasukan itu belum lagi mendapat sebarang tawaran buat penyerang remaja England itu.

"Jude ketika ini sangat selesa dengan Dortmund, namun tiada sebarang perbincangan berkaitan kontraknya ketika ini", jelas Kehl.

"Kami sangat memerlukan khidmatnya bagi mencapai sasaran kelab musim ini. Kami gembira dengan kesungguhan dan fokus yang ditunjukannya buat kelab", kata Kehl lagi.

Bellingham yang mengetuai Dortmund ketika menewaskan Chelsea pada perlawanan Liga Juara Rabu lalu kembali menunjukkan kemampuannya buat pasukan berkenaan.

Kemampuan pemain berusia 23 tahun itu menarik minat beberapa kelab ternama Eropah bagi mendapatkan khidmatnya.

Kehl berpandangan agak sukar bagi Dortmund mengekalkan khidmat Bellingham, namun berharap agar pemain itu mampu bermain lebih lama buat Dortmund.

"Jude masih mempunyai baki kontrak sehingga 2025. Dia menjadi pemain penting buat kelab. Sudah tentu kami berharap agar beliau dapat bermain buat kelab dalam jangka masa panjang", ujar Kehl.

Setakat ini, Dortmund berjaya memenangi kelapan-lapan perlawanan dan kini berada di tangga teratas Bundesliga.

Dalam pada itu Kehl turut memaklumkan, kelab berkenaan masih mengadakan perbincangan pelanjutan kontrak bersama beberapa pemain seperti Mats Hummels, Marco Reus dan Julian Brandt.

Sementara itu, kontrak pemain tengah Mo Dahud tidak diperbaharui pada musim depan.-AFP


(Pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham/ Foto AFP)

Media Baharu