fb fb fb fb fb

Belanda rampas gelaran juara trek pecut berpasukan

(FOTO AFP)

GLASGOW, 5 Ogos- Belanda menewaskan juara bertahan Australia untuk merampas semula kejuaraan pecut berpasukan lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Velodrom Sir Chris Hoy di sini.

Jeffrey Hoogland, Roy van den Berg dan Harrie Lavreysen meraih kemenangan tipis itu setahun selepas tewas dalam perlumbaan akhir kejohanan sama di Perancis.

Lavreysen, 26, yang mempunyai empat gelaran individu, kini memegang lima gelaran juara dalam acara berpasukan dan tiga lagi dalam keirin, eelain juara Olimpik dalam acara individu dan berpasukan.

Acara pecut berpasukan wanita tahun ini dimenangi oleh pasukan Jerman. -AFP

(Jeffrey Hoogland, Harrie Lavreysen dan Roy van den Berg meraikan di atas podium selepas
memenangi perlumbaan pingat emas pecut berpasukan lelaki/REUTERS)

Media Baharu