fb fb fb fb fb

Bekas Presiden Ragbi Negara meninggal dunia akibat kanser prostat

ALOR SETAR, 22 April- Bekas Presiden Ragbi Malaysia, Datuk Wira Amirudin Che Embi meninggal dunia pagi tadi akibat kanser prostat.

Allahyarham yang berusia 75 tahun, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.30 pagi di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi sekitar Masjid Akar Peluru, Alor Setar sebaik jenazah allahyarham tiba kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Selepas disembahyangkan, jenazah Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Alor Setar.

Adik allahyarham, Abu Bakar Sidek Che Embi, 64 tahun berkata permergian abangnya ini satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga malah dalam sukan ragbi khususnya.

"Dia dari zaman sekolah, dia banyak sertai pelbagai kejohanan, dia bukan wakili pasukan sekolah, dia wakil pasukan negeri Kedah selepas itu dia main ragbi kemudian menjadi Presiden Ragbi Malaysia. Arwah memang mempunyai jiwa kesukanan yang tinggi," kata Abu Bakar ketika ditemui media RTM di majlis pengembumiannya hari ini.


(Adik Allahyarham, Abu Bakar Sidek Che Embi ditemui media meluahkan rasa kehilangan abangnya)

Allahyarham yang juga bekas Ketua Polis Perak dan bekas Ketua Polis Negri Sembilan, meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak.

Media Baharu