fb fb fb fb fb

Bekas pengendali Iceland, Hallgrimsson dilantik Ketua jurulatih baharu Ireland

Ketua jurulatih baharu Ireland, Heimer Hallgrimsson/Foto REUTERS

DUBLIN, 11 Julai-Ireland telah melantik bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan Iceland dan Jamaica, Heimir Hallgrimsson sebagai Ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan.

Pelantikan tersebut merupakan usaha Persekutuan Bola sepak ireland (FAI) melayakkan diri ke Liga Negara Eropah dan kelayakan Piala Dunia 2026.

Tugas pertama Hallgrimsson pada perlawanan menentang England pada kejohanan Liga Negara Eropah yang bakal diadakan pada 7 September depan.

"Ireland merupakan sebuah negara yang sentiasa konsisten dalam melahirkan pemain berbakat dan mempunyai saat-saat indah untuk diabadikan pada kejohanan-kejohanan antarabangsa", kata Hallgrimsson dalam satu kenyataan.

"Kita mempunyai pasukan muda dan berpotensi. Saya teruja dan sentiasa melihat untuk bekerjasama dengan para pemain dan barisan jurulatih demi meningkatkan prestasi dan keputusan yang dikehendaki Persatuan", tambah Hallgrimsson.

FAI dalam kenyataan berkata pemilihan Hallgrimsson sebagai ketua jurulatih dinilai berdasarkan pengalaman dan kepakarannya meningkatkan ranking kedudukan bola sepak (FIFA), selain rekod memberangsangkan dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa menjadikannya sebagai calon utama FAI.

Pengendali berusia 57 tahun itu bersama-sama ketua jurulatih Iceland, Lars Lagerback ketika pasukan berkenaan menyingkirkan England pada pusingan 16 terakhir di Kejohanan Euro 2016.

Hallgrimsson turut berjaya membawa Iceland menduduki tangga ke-18 ranking FIFA dunia.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD