fb fb fb fb fb

Bekas bintang Piala Dunia dicekup kes dera seksual kanak-kanak

Dia dijangka dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat. /FOTO Reuters

ZAPOPAN, 6 Oktober - Bekas pemain bola sepak antarabangsa Mexico, Omar Bravo, ditahan atas dakwaan melakukan penderaan seksual terhadap seorang remaja perempuan di sini, pada Sabtu lalu.

Bravo, 45 tahun, didakwa bertindak sedemikian terhadap remaja tersebut beberapa kali dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Dia dijangka akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, Omar Bravo dikenali selaku penyerang utama bagi kelab Guadalajara dengan menjaringkan 214 gol sepanjang bersama pasukan itu, menjadikannya penjaring terbanyak dalam sejarah kelab.

Bravo juga mewakili Mexico dalam Piala Dunia 2006 di Jerman dan mencatatkan 15 gol dalam 66 penampilan bersama skuad kebangsaan. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN