fb fb fb fb fb

Bayern, Liverpool giat buru pengendali pasukan

Ketua jurulatih Austria, Ralf Ragnick/ Foto Reuters

LONDON, 25 April - Jurulatih Austria, Ralf Rangnick mengesahkan telah dihubungi Bayern Munich bagi menggantikan Thomas Tuchel yang akan meninggalkan kelab itu.

Beliau bagaimanapun belum membuat sebarang perjanjian setakat ini kerana ingin fokus kejohanan Euro 2024 pada Jun ini di Jerman.

Bayern Munich yang telah memenangi 11 kejuaraan liga sebelum ini, terlepas kejuaraan Bundesliga musim ini.

Perebutan takhta liga berakhir selepas Bayern Leverkusen dinobatkan sebagai juara liga buat pertama kali.

Rangnick berusia 65 tahun, yang pernah melatih Manchester United dan RB Leipzig berkata, dia hanya akan berurusan dengan Bayern Munich jika kelab itu membuat tawaran rasmi kepadanya.

Sementara itu, Liverpool yang kini turut mencari pengendali baharu dikaitkan dengan jurulatih Feyenoord, Arne Slot.

Perkara itu dilaporkan oleh media Belanda yang mendakwa Liverpool sudah menghubungi kelab Feyenoord semalam mengenai minat mereka.

Slot banyak dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan ke Tottenham Hotspur tahun lalu, tetapi memilih untuk kekal di Feyenoord dan menandatangani lanjutan kontrak sehingga 2026.

Slot memenangi kejuaraan liga pada musim 2022-2023, serta Piala Belanda pada Ahad lepas.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp mengumumkan akan mengundurkan diri akhir musim ini selepas menyertai kelab itu pada Oktober 2015.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD