STUTTGART, 17 Ogos – Bayern Munich melaungkan amaran awal kepada pencabarnya menjelang sepak mula Bundesliga apabila menewaskan VfB Stuttgart 2-1 untuk merangkul Piala Super Jerman, awal pagi tadi.
Penyerang antarabangsa England, Harry Kane meledak gol pembukaan pada minit ke-18 sebelum pemain baharu, Luis Diaz, menambah jaringan kedua hasil tandukan pada minit ke-77.
Stuttgart hanya mampu meraih gol saguhati pada masa kecederaan menerusi Jamie Leweling.
Dalam pada itu, Penjaga gol veteran, Manuel Neuer, yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan, selepas beberapa kali menyelamatkan gawang Bayern Munich termasuk menafikan percubaan berbahaya pemain VfB Stuttgart.
“Yang penting adalah pasukan. Kami menang semua perlawanan pramusim dan mahu membawa momentum ini ke Bundesliga minggu depan,” kata Neuer.
Bayern Munich dijadualkan bertemu RB Leipzig pada perlawanaan pembuka tirai Bundesliga Sabtu depan. - REUTERS