fb fb fb fb fb

Barcelona berjaya rampas gelaran juara Piala Super Sepanyol

FOTO AFP

RIYADH, 16 Januari- Barcelona dinobatkan sebagai juara Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Real Madrid 3-1, hari ini.

Ia merupakan kemenangan trofi pertama buat pengendali, Xavi Hernandez selepas mengambil alih pasukan The Catalan itu.

Barcelona mula menterjemah strategi permainan masuk minit ke-30 selepas hantaran lintang Robert Lewandowski disempurnakan pemain muda, Gavi.

10 minit kemudian, giliran penyerang Poland itu pula menyumbat gol kedua buat skuad Catalan.

Masuk babak kedua permainan, Real Madrid terus dilihat gagal mendominasi permainan.

Cubaan demi cubaan Real dipatahkan benteng pertahanan Barcelona dalam memastikan kemenangan mutlak itu kekal sehingga wisel penamat.

"Kami tahu ia adalah peluang yang kami perlu ambil. Kami hidup dalam era perubahan di kelab dan di bilik persalinan dan ini menguatkan lagi kami untuk bertarung merebut gelaran," kata kapten Barca, Sergio Busquets kepada Movistar.

"Gavi ialah pemain yang sentiasa menggembirakan kita semua, apabila anda melihatnya bersaing seperti itu, memberikan jiwa raga di sana. Dia ada ciri-ciri berpengaruh buat pasukan serta ada kualiti kepimpinan," kata Xavi dalam sidang akhbar.


(FOTO AFP)

Bagaimanapun, Pedri menambah derita Real selepas menyumbang gol ketiga untuk kekal selesa.

Sebelum tamat permainan, Karim Benzema berjaya menghadiahkan satu gol saguhati untuk pasukan.

Barcelona telah berbelanja besar pada musim panas untuk memastikan pasukan berada pada landasan sebenar.-AFP

 

Media Baharu