fb fb fb fb fb

Giliran Rennes tewaskan PSG, 1-0

FOTO AFP

PARIS, 16 Januari- Kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) tewas 0-1 menentang Rennes dalam aksi Ligue 1, awal pagi tadi.

Kepulangan bintang Perancis, Kylian Mbappe daripada cuti selepas Piala Dunia, gagal menyekat kemaraan skuad Rennes kendalian, Bruno Génésio.

Kapten pasukan Rennes, Hamari Traore menyumbat jaringan sulung pasukan pada minit ke-65 menerusi hantaran 'set-pieces' dalam kotak penalti oleh Adrien Truffert.

Percubaan terbaik PSG muncul pada minit seterusnya menerusi Mbappe bagaimanapun sepakannya liar melepasi palang gol.

“Saya kecewa dengan persembahan kali ini.Kami melepaskan terlalu banyak peluang dan tidak mencipta apa-apa,” kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

Ini adalah kali pertama Mbappe, Lionel Messi dan Neymar tampil di padang bersama sejak trio serangan PSG itu kembali daripada Piala Dunia.

Messi diberikan cuti tambahan selepas membantu Argentina mencipta gemilang di Doha dan meledak jaringan ketika menang 2-0 mengatasi Angers pada pertengahan minggu.

PSG kini masih mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu liga dengan 47 mata meninggalkan Lens dan Marseille, masing-masing ditempat kedua dan ketiga.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu