fb fb fb fb fb

Arsenal 'gayat', selesa lapan mata di persada liga

FOTO AFP

LONDON, 16 Januari- Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal kembali menjarakkan kedudukan di persada liga dengan kelebihan lapan mata selepas menewaskan kelab jirannya, Tottenham Hotspur 2-0, awal pagi tadi.

Meskipun bermain di gelanggang lawan, Arsenal memulakan permainan dengan agresif apabila melancarkan beberapa gerakan berbahaya ke arah pintu gol Spurs.

Usaha mereka berjaya di babak pertama selepas kesilapan penjaga gol tuan rumah, Hugo Lloris dan percubaan daripada pemain perancang, Martin Odegaard menyaksikan Arsenal selesa mendahului 2-0 sehingga rehat.

Di babak kedua, Spurs bangkit mengatur gerakan untuk mencari gol penyamaan, namun percubaan penyerangnya, Harry Kane gagal menembusi gawang The Gunners yang dikawal Aaron Ramsdale.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal di posisi teratas dengan 47 mata daripada 18 perlawanan mengatasi Manchester City di tangga kedua dengan 39 mata.

Manakala Newcastle United yang bermain lebih satu perlawanan terikat 38 mata dengan Manchester United di kedudukan ketiga dan keempat.

Spurs pula kekal di kedudukan kelima dengan 33 mata hasil 19 perlawanan.-AFP


(Ketua jurulatih Arsenal, Mikel Arteta/AFP)

 

 

Media Baharu