fb fb fb fb fb

BAM dan UoC METERAI perjanjian, lindungi kesihatan mental pemain

FOTO BAM

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memeterai satu kerjasama dengan University of Cyberjaya (UoC)  selama setahun dalam membantu perkembangan, kesejahteraan mental dan pembangunan profesional pemain.

Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam berkata UoC akan membantu badan induk badminton negara dalam menubuhkan Unit Kesihatan Mental, yang memanfaatkan kira-kira 120 pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

"Ini sebahagian daripada semua jenis sukan. BAM bertanggungjawab menyediakan latihan yang baik kepada pemain muda yang sedang membesar, jauh dari rumah dan ibu bapa mereka.

Mereka di sini seawal usia 13 tahun. Ada kalanya anak-anak ini memerlukan khidmat kaunseling dan dibimbing dalam semua aspek sains sukan serta persekitarannya," kata V. Subramaniam kepada pemberita, hari ini.

Fakulti Psikologi dan Sains Sosial UoC akan membantu BAM menyediakan program kesedaran kesihatan mental, psiko-pendidikan dan membina kesejahteraan serta ketahanan pemain.

Selain itu, UoC turut menempatkan ahli psikologi gaya hidup di ABM.

Perjanjian menang-menang itu turut menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar UoC di bawah BAM.


(FOTO BAM)

Media Baharu