fb fb fb fb fb

Granit Xhaka sertai Bayer Leverkusen

FOTO REUTERS

LEVERKUSEN, 7 Julai- Bayer Leverkusen telah menandatangani pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka dari Arsenal dengan kontrak selama lima tahun.

Media Britain melaporkan kelab Jerman itu membayar €25 juta euro untuk memikat pemain berusia 30 tahun berkenaan.

Xhaka menyertai Leverkusen yang dibimbing Xabi Alonso selepas menghabiskan tujuh musim bersama Arsenal.

Dia membuat 297 penampilan dan berjaya menjaringkan 23 gol serta 29 bantuan jaringan.

Xhaka berjaya membantu 'The Gunners' memenangi dua gelaran Piala FA.

Pemain kebangsaan Switzerland itu kembali bersaing di Liga Jerman selepas empat tahun bersama Borussia Moenchengladbach sebelum menyertai Arsenal pada 2016.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu