fb fb fb fb fb

Atletico Madrid sambar Azpilicueta

FOTO REUTERS

LONDON, 7 Julai- Pemain pertahanan, Cesar Azpilicueta menamatkan karier selama 11 tahun bersama Chelsea dengan menyertai kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid.

Pemain berusia 33 tahun itu mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan yang dibimbing ketua jurulatih, Diego Simeone.

Azpilicueta telah membuat 508 penampilan sepanjang bersama Chelsea dan memenangi sembilan gelaran termasuk Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Liga Europa.

Pemain kelahiran Sepanyol itu memenangi gelaran Liga Perdana semasa 'The Blues' dibimbing Jose Mourinho dan Antonio Conte.

Azpilicueta menjadi antara pemain kegemaran penyokong kerana selalu memberikan segalanya buat pasukan.

Dia memulakan karier bersama Osasuna sebelum berhijrah ke Marseille dan seterusnya menikmati karier gemilang bersama Chelsea.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu