fb fb fb fb fb

BAC 2022: Skuad badminton negara berpotensi raih kejuaraan

IPOH, 23 April - Skuad badminton negara berpotensi merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina pada 26 April ini, kata Menteri Belia dan Sukan.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis keyakinan itu hadir selepas menilai prestasi semasa serta semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh pemain badminton negara selama ini.

"Saya yakin dengan semua pemain kita, namun peminat sukan badminton perlu memahami dan tidak memberi tekanan kepada pemain sehingga membuat mereka tertekan ketika mewakili negara.

"Jadi kita perlu memberi ruang kepada skuad badminton negara untuk memastikan prestasi mereka berada di tahap yang terbai," katanya kepada media selepas program Kembara Sahur Peja bersama Funride Riders di Tambun di sini.


(Faizal Azumu di program Kembara Sahur Peja bersama Funride Riders di Tambun)

Pada saingan BAC kali ini, empat pemain akan membawa cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki diketuai pemain ranking ketujuh dunia Lee Zii Jia, Liew Daren, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin.

Bagi acara beregu lelaki pula akan digalas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; Juara Terbuka Jerman, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei; Tee Kai Wun-Man Wei Chong dan pasangan profesional Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.mbun Ipoh

Media Baharu