fb fb fb fb fb

Azizulhasni raih gangsa di Brisbane

Foto RTM

BRISBANE, 3 Mac- Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia,semalam.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahannya di suku akhir acara pecut lelaki.

Pingat emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 Matthew Richardson.

Manakala Matthew Glaetzer meraih perak.

Menerusi catatannya di laman Instagram,Datuk Azizulhasni meluahkan rasa syukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Australian Cycling kerana membenarkannya berlumba.

Menurutnya, selepas kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, beliau telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga minggu berikutan masalah perikarditis yang dialaminya.

Bagaimanapun beliau berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan tahap kesihatannya untuk bersaing di Olimpik Paris sekaligus berjaya meraih emas buat negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD