fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Jerman :Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kandas di separuh akhir

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Harapan untuk melihat wakil tunggal negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke final Terbuka Jerman tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu,semalam.

Beregu lelaki profesional negara yang juga pilihan utama itu tunduk 5-21, 15-21 kepada pilihan ketiga kejohanan dalam saingan separuh akhir.

Gandingan China itu dijadual berdepan wakil Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan pada perlawanan akhir esok.

Terdahulu wakil Taiwan itu mara ke final selepas mengetepikan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 22-20, 21-11.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran Terbuka Jerman pada edisi 2022 menerusi gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD