fb fb fb fb fb

Tcheche sertai Kuching City FC

FB Kuching FC

KUCHING, 3 Mac -Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) City, Kipre 'Tcheche' kembali sah menyertai kelab Kuching City FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengumuman ketibaan penyerang kelahiran Ivory Coast itu dibuat menerusi satu video di laman media sosial kelab berkenaan.

Kuching City menjadi kelab Liga M keempat disertai pemain berumur 36 itu.

'Tcheche' bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia selepas membuat penampilan pertama dalam Liga M bersama Terengganu pada 2017.

Sepanjang beraksi, Tcheche pernah muncul naib juara Liga Super dan Piala FA bersama Terengganu pada 2022.

Dia turut meraih gelaran naib juara Piala FA ketika mewakili KL City tahun lalu

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD