fb fb fb fb fb

Nurshuhaini harap penampilan kedua Piala Uber jadi kenyataan

Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 3 Mac -Pemain Badminton perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman berharap kejayaannya mempertahankan gelaran juara Kejohanan Kebangsaan Bawah 21 mampu memikat hati barisan jurulatih untuk disenaraikan dalam skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.

Pemain berusia 19 tahun itu mengakui beraksi pada Piala Uber 2024 menjadi fokus utamanya tahun ini, selepas membuat penampilan sulung pada edisi 2020 di Aarhus, Denmark.

Nurshuhaini mengekalkan kejuaraan Bawah 21 tahun keduanya selepas menumpaskan Loh Zhi Wei dari Selangor, 21-12, 21-17.

Pemain di ranking ke-255 dunia itu turut menyasarkan untuk menghuni kelompok 150 pemain terbaik dunia menjelang akhir tahun ini

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD