fb fb fb fb fb

Jangan jual Lesen Kebangsaan- Stuart Ramalingam

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Pasukan Liga M3 yang bakal mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi di Liga Super musim 2024/2025 diingatkan agar tidak menjualnya kepada pihak lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menegaskan pihaknya boleh menarik balik lesen berkenaan jika perkara itu berlaku.

Menurutnya, MFL juga berhak untuk tidak meluluskan sebarang pengambilalihan pasukan oleh pihak ketiga sekiranya pembeli tidak menepati kriteria ditetapkan.

"Kalau pasukan itu dijual MFL ada hak untuk tarik balik lesen, kalau saya tidak meluluskan pengambilalihan, itu saya kena tengok siapa dia, latar belakang, duit dari mana sama ada kestabilan sebab kalau dia hanya memberikan lesen itu bermakna kelab tersebut bermula dari kosong", kata Stuart Ramalingam

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan proses temuduga untuk keempat-empat pasukan yang mengemukakan permohonan untuk beraksi di Liga Super terpaksa dianjakkan pada Isnin depan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD