KUALA LUMPUR, 25 Julai-Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan memastikan penampilannya di Olimpik Paris bukan yang terakhir dalam karier.
Sebaliknya, Atlet berusia 20 tahun itu tekad menggunakan pengalaman beraksi di Paris untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.
Pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan 10.9 saat itu melayakkan diri ke Temasya Paris atas tiket 'wildcard' .
Azeem dijadual berlepas ke Paris pada Ahad untuk membuat penampilan sulung di Olimpik dalam acara 100 meter bermula 3 Ogos ini.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia, Robert Ballard enggan memikiran soal kehadirannya di Paris 2024 yang menjadi pertikaian beberapa pihak ketika ini.
Menurut jurulatih kelahiran Australia itu, misi utamanya di sana hanya untuk membantu Azeem berada dalam prestasi terbaiknya.
Ballard pada masa sama berkata, beliau sering berhubung dengan jurulatih Azeem, Ken Harnden, dengan menghantar analisis serta video sepanjang anak buahnya menjalani latihan di dalam negara.