fb fb fb fb fb

Azeem gembira layak ke Olimpik, azam beri aksi terbaik

Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi/Foto RTM

SURABAYA, 4 Julai-Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi mengakui teruja selepas mengetahui slot wilcard ke Sukan Olimpik Paris 2024 kini sah menjadi miliknya.

Azeem yang juga pemegang rekod kebangsaan bagi acara 100 meter bertekad memberi aksi terbaik di Paris.

Terdahulu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan untuk memberikan slot 'wild card' kepada Azeem Fahmi untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Perkara itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika sidang media khas di Parlimen pada Rabu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD