SURABAYA, 2 Julai-Skuad renang negara berdepan kekurangan pelapis terutamanya perenang wanita untuk membutirkan lebih banyak pingat emas kepada kontinjen negara pada Sukan Universiti ASEAN, AUG kali ini.
Pengurus skuad renang negara, Tan Seng Seng berkata pihaknya bakal meningkatkan lagi usaha pencarian bakat baharu wanita yang mampu menggalas cabaran negara di pentas Asia dan antarabangsa.
Menurut Seng Seng, proses pencarian pelapis dalam kalangan mahasiswi negara perlu dipercepatkan memandangkan Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi temasya dwitahunan berkenaan pada 2026.
"Kalau kita ada lebih ramai perenang wanita ini mungkin dapat membantu. Setakat ini, pasukan yang kuat adalah pasukan renang lelaki.
"jadi kita harap dalam tempoh dua tahun ini, akan ada perenang wanita yang kita boleh ketengahkan", katanya di sini.
Skuad renang menutup tirai AUG 2024 dengan membawa pulang keseluruhan sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa.
Ia sekali gus menyaksikan Malaysia melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu tujuh pingat emas.