fb fb fb fb fb

Slot Wildcard Olimpik Paris: Azeem akur keputusan KOM

Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi/Foto RTM

SURABAYA, 2 Julai-Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akur dan berlapang dada menerima apa jua keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berkenaan slot 'Wild Card' ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Saya akan bersikap positif walau apa pun keputusannya. Jika diberi peluang untuk beraksi di olimpik, saya akan kembali ke Malaysia untuk membuat persiapan rapi.

"Tetapi jika tidak berpeluang. Saya akur dengan keputusam KOM dan yakin mereka akan buat keputusan terbaik", katanya di sini.

Tambahnya, jika terlepas slot ke Olimpik Paris, fokus seterusnya adalah Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang dijadualkan berlangsung 17 hingga 28 Ogos

KOM dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada memilih Muhammad Azeem atau pelari 400 meter wanita negara, Shereen Samson Vallabouy untuk diberi tiket wild card ke temasya itu esok.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD