PUTRAJAYA, 11 Jun-Malaysia mampu meraih 30 hingga 40 pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Indonesia, Jun ini.
Menurut Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr Pekan Ramli, keyakinan itu berdasarkan prestasi semasa atlet.
Menurutnya, acara olahraga berpotensi menjadi lubuk pingat untuk kontinjen negara.
"Paling tinggi harapan kita kepada olahraga iaitu 10 hingga 15 pingat emas", katanya di sini.
Beliau berkata, sasaran sebenar kontinjen Malaysia pada temasya itu akan diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah yeoh pada 21 Jun ini.
Kontinjen negara akan dibarisi seramai 260 atlet.
Pada edisi lalu di Ubon, Thailand, kontinjen negara berjaya membawa pulang 49 pingat emas