fb fb fb fb fb

AUG 2024: Kontinjen diingat berhati-hati ambil makanan tambahan

Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli

KUALA LUMPUR, 14 Jun - Atlet negara dinasihatkan agar berwaspada dengan sebarang pengambilan makanan semasa di Surabaya, Malang Indonesia menjelang Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 pada 2 hingga 5 Julai depan.

Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli berkata kontinjen sentiasa diingatkan terhadap beberapa isu bagi mengelak terperangkap dalam isu doping.

"Sebagai contoh pemakanan dan minuman, dah banyak kali ingatkan atlet agar tidak menerima sewenang-wenangnya sebarang makanan atau minuman dan juga ubat tambahan yang tidak diketahui mereka sehingga boleh menyebabkan mereka gagal ujian doping nanti," katanya.

Kejohanan Universiti Asia edisi ke-21 kali ini menyaksikan penyertaan 260 atlet universiti mempertandingkan 21 acara sukan.

AUG 2024 dijadual berlangsung dari 25 Jun hingga 6 Julai ini.

Atlet ternama yang mengesahkan penyertaan, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabuoy dari acara Olahraga serta Shahmalarani dari sukan Karate

GRACE AISYAH KEDAYAN