fb fb fb fb fb

Atletico sedia hadapi ujian getir menentang Barca

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone/ REUTERS

MAJADAHONDA, 2 Disember – Atletico Madrid meneruskan latihan pada Isnin, hanya sehari sebelum mereka memulakan saingan La Liga menentang Barcelona di Camp Nou.

Pengurus Atletico, Diego Simeone menegaskan pasukannya perlu 'kuat' jika mahu bersaing dengan pihak lawan.

“Saya mahu pemain-pemain saya menggunakan sebarang kelemahan dalam permainan Barca bagi memastikan rentak kemenangan kami diteruskan,” kata Simeone.

Beliau menekankan bahawa fokus mereka ialah memanfaatkan sebarang ketidaktentuan dari pihak lawan.

Atletico kini berada di tangga keempat liga, hanya tiga mata di belakang pendahulu liga, Barcelona di mana kemenangan di Camp Nou dijangka menjadikan persaingan di puncak liga semakin sengit.

Barca pula dilihat agak goyah kebelakangan ini termasuk seri 3-3 di gelanggang lawan menentang Club Brugge dan tewas 0-3 kepada Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, dijangka akan berusaha mengukuhkan semula dominasi mereka di laman sendiri. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN