fb fb fb fb fb

Aston Villa lanjutkan kontrak Emery sehingga 2027

Pengurus Aston Villa, Unai Emery disambung kontrak sehingga 2027/ Foto Reuters

LONDON, 24 April - Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa bersetuju melanjutkan kontrak pengurus kelab berkenaan, Unai Emery sehingga 2027, kata pengurusan kelab berkenaan pada Selasa.

Pengurus Sepanyol itu menyertai Aston Villa pada Oktober 2022 dan berjaya membantu kelab berkenaan menduduki tangga ketujuh liga pada musim 2022-2023 yang merupakan pencapaian terbaik kelab tersebut sejak musim 2009-2010.

Musim ini, Aston Villa menyasarkan untuk menduduki kedudukan empat terbaik di EPL. Kelab berkenaan juga telah melayakkan diri ke separuh akhir Liga Europa Conference sekali gus merupakan separuh akhir pertama kelab itu dalam kejohanan utama Eropah selama 42 tahun.

"Kami harus mengekalkan kerja keras, keputusan bijak dan koordinasi bersama pemilik kelab seperti yang dilihat ketika ini.

"Kelab perlu bercita-cita besar dan ini adalah merupakan motto bagi projek yang dirangka", kata bekas pengendali Paris Saint Germain (PSG) dan Arsenal dalam satu kenyataan.

Ketika ini, Villa menduduki tangga keempat liga dengan 66 mata daripada 34 perlawanan dan enam mata mengatasi pasukan di tangga kelima iaitu Tottenham Hotspur yang masih berkelebihan dua perlawanan berbanding Villa.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD