fb fb fb fb fb

ASN 2024: Siapa bakal dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan?

Foto Majlis Sukan Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Debaran menjelang Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024 kian memuncak apabila lima calon lelaki dan wanita telah disenarai pendek untuk gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.

Bagi kategori Olahragawan Kebangsaan, antara yang tersenarai ialah pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia, beregu lelaki Aaron Chia / Soh Wooi Yik, Wong Weng Soon (wushu), Mohd Aniq Kasdan (angkat berat) dan Abdul Latif Maxzakir (pencak silat).

Sementara itu, Sin Li Jane (tenpin boling), Nor Farah Ain Abdullah (lawn bowls), Tan Cheong Min (wushu), Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal) dan Nor Farah Mazlan (pencak silat) antara yang bersaing untuk gelaran Olahragawati Kebangsaan.

Turut dipertandingkan, anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan yang menyaksikan Bonnie Bunyau Gustin mengetuai senarai pencalonan, manakala Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais antara calon utama Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Kesemua pemenang utama akan menerima piala, sijil, piala iringan dan wang tunai RM20,000. ASN turut mempertandingkan tujuh kategori lain termasuk Pasukan Terbaik, Jurulatih, Tokoh Sukan dan Anugerah Khas.

Majlis berprestij ini akan berlangsung pada 13 Mei 2025 di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya, dan akan diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI