fb fb fb fb fb

Andre sukar dicabar, hadiahkan pingat emas buat Sabah

(Aksi atlet Sabah, Andre Anura Anuar dalam acara lompat kijang lelaki akhir
pada temasya SUKMA ke-20 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 17 September - Atlet lompat kijang kebangsaan, Andre Anura Anuar menepati ramalan apabila memenangi emas dalam acara lompat jauh dan lompat kijang.

Andre, 23, meraih pingat emas selepas mencatat jarak lompatan sejauh 16.43 meter pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Dia mengatasi atlet Selangor, Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi yang meraih perak dengan catatan 15.56m manakala gangsa menjadi milik Brendon Ting Li King dari Sarawak 15.14m.

Andre berkata, dia memang menyasarkan untuk mengekalkan pingat emas yang dimenanginya pada 2018 sebelum ini.

(Andre  mencatat jarak lompatan sejauh 16.43 meter hari ini/FOTO BERNAMA)

Andre yang menambah koleksi pingat emas buat kontinjen Sabah berkata selepas ini fokusnya memecahkan rekod kebangsaan di Sukan Sea Kemboja nanti.

Rekod kebangsaan lompat kijang ketika ini dipegang Muhammad Hakimi Ismail dengan catatan 16.77m.

Media Baharu