fb fb fb fb fb

Pengurusan Perak FC tidak campur tangan pemilihan pemain, kuasa di tangan jurulatih

IPOH, 17 September- Pengurusan Perak FC memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam pemilihan pemain pasukan tersebut pada musim depan.

Itu jaminan Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang mengakui barisan kejurulatihan Perak FC diberi kuasa penuh memilih pemain yang benar-benar layak.

Menurut Abdul Azim, tiada bantahan akan dibuat terhadap pemilihan itu selagi ia masih berada dalam kemampuan kewangan pihak pengurusan.

"Kita tidak ada apa-apa bantahan yang kita akan buat selain daripada kita ada bajetlah, kalau dia minta nak bawa Muller Ronaldo itu tak bolehlah, keluar daripada bajet.

"Semua orang ingat kita ini lebih lumayan daripada JDT. tapi tidaklah sehebat itu," katanya dalam sidang media, di sini.

(Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi)

Sementara itu, Ketua Jurulatih baharu, Lim Teong Kim memberi bayangan akan menggunakan lebih ramai pemain tempatan dalam skuadnya musim hadapan.

"Falsafah di sini adalah memberi peluang kepada pemain tempatan tapi kita juga perlu pemain import kerana menjadi sebagai bantuan dalam pasukan.

"Tapi ramai pemain muda kita diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan mereka," jelasnya.

(Lim Teong Kim)

Teong Kim akan memulakan tugasnya sebagai pengendali baharu Perak selepas perlawanan terakhir Liga Premier menentang Kuching City malam ini.

Media Baharu