WELLINGTON, 13 September - Pasukan Afrika Selatan, Springboks mencatat kemenangan terbesar ke atas New Zealand All Blacks, dalam sejarah pertemuan mereka selepas menang 43-10 dalam siri kejuaraan ragbi.
Anak buah Rassie Erasmus jelas menunjukkan keyakinan seawal minit pertama perlawanan, serta membuktikan dominasi dalam setiap aspek dalam permainan sekali gus merampas kedudukan pasukan nombor satu dunia.
Kemenangan tersebut menjadikan kesemua empat pasukan Afrika Selatan, New Zealand, Australia dan Argentina, masing-masing menang 2 perlawan dan kalah 2 perlawanan.
Sementara itu, jurulatih All Blacks, Scott Robertson, mengakui pasukannya jauh ketinggalan dan menerima kekalahan itu sebagai suatu pengajaran.
Pusingan seterusnya bakal menyaksikan Afrika Selatan menentang Argentina di Durban manakala New Zealand bakal melayani kunjungan Australia di Auckland.
Keputusan tersebut dijangka menentukan hala tuju kejuaraan edisi kali ini yang dilihat terbuka kepada semua pasukan bertanding.
