fb fb fb fb fb

Perak benam Machan FC 3-0

Pemain Perak ketika menentang Machan FC dalam saingan Liga A1 Semi-Pro di Kompleks Bola Sepak Perak di Chepor, Ipoh hari ini.

IPOH, 13 September - Perak FA memanfaat kelebihan beraksi di laman sendiri selepas menewaskan Machan FC 3-0 petang tadi menerusi Saingan Liga A1 Semi-Pro.

Hujan lebat membataskan aksi kedua-dua pasukan di awal separuh masa pertama.

Machan FC terpaksa bermain hanya dengan 10 pemain selepas Mohammad Alif Romli dilayangkan kad merah seawal minit ke-13.

Kelebihan itu dimanfaat pasukan tuan rumah menerusi gol pembukaan oleh Ahmad Daniel Hakimi hasil rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-20.

Pemain sayap itu sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila sepakan percumanya pada minit ke-37 gagal ditepis penjaga gol Machan FC, Ahmad Solehin Mamat.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah.

Bersambung pada babak kedua, anak-anak buah Syamsul Saad terus bernafsu mengasak kubu Machan FC.

Seminit sebelum tamat permainan, gerakan tersusun pemain Perak FA disudahkan Amirul Akmal Safarinizam untuk gol ketiga pasukan tuan rumah.

Tamat 90 minit perlawanan, Perak FA 3, Machan FC 0.

Trainee