fb fb fb fb fb

Alexia Putellas cedera lutut, tarik diri aksi Nations League

Pemain skuad bola sepak wanita Sepanyol, Alexia Putellas

MADRID, 28 November- Pemain tengah skuad bola sepak wanita Sepanyol, Alexia Putellas bakal terlepas dua perlawanan Nations League selepas menarik diri daripada skuad kebangsaan pada Isnin akibat kecederaan lutut.

Perkara itu disahkan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol dan kelabnya Barcelona.

Pemenang Ballon d'Or dua kali itu mengalami kecederaan pada lutut kirinya dalam aksi Barca menentang Benfica dalam Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan tersebut, Barca menang 5-0.

Barca dalam satu kenyataan memaklumkan, Putellas kini sedang meneruskan proses pemulihan.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang terlepas Euro 2022 kerana patah ligamen pada lutut yang sama, akan diketepikan untuk perlawananmenentang Itali pada Jumaat dan Sweden Selasa depan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE