MADRID, 17 September - Pertahanan kanan antarabangsa England, Trent Alexander-Arnold disahkan mengalami kecederaan hamstring ketika membantu Real Madrid meraih kemenangan 2-1 ke atas Marseille dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.
Bekas bintang Liverpool itu hanya sempat beraksi empat minit sebelum digantikan Dani Carvajal, yang kemudiannya dibuang padang pada minit ke-72.
“Selepas pemeriksaan dijalankan oleh pasukan perubatan Real Madrid, Trent Alexander-Arnold didapati mengalami kecederaan hamstring di kaki kiri,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Media tempatan melaporkan pemain berusia 25 tahun itu dijangka berehat kira-kira tiga minggu.
Alexander-Arnold menyertai Real Madrid pada musim panas lalu bagi memberi saingan kepada Carvajal, yang sebelum ini mengalami kecederaan jangka panjang.
Namun kini, kedua-dua pemain bakal terlepas aksi kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Kairat Almaty di Kazakhstan pada 30 September ini. -AFP
