fb fb fb fb fb

Aleix Espargaro bakal berdepan hukuman, langgar protokol gelembung sukan

FOTO BERNAMA



KUALA LUMPUR, 6 Februari - Pelumba Aprilla Racing, Aleix Espargaro bakal berdepan hukuman dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Espargo melanggar protokol gelembung sukan kerana berbasikal berhampiran Putrajaya, kira-kira 35 kilometer daripada Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

Beliau berada di Malaysia bagi menjalani sesi Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022 di SIC.

SIC selaku penganjur turut berdepan hukuman sama.

Demikian menurut Pengarah Cawangan Pembangunan Rekreasi Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Nor Azli Mohamad Daud

Nor Azli bagaimanapun tidak memperincikan bentuk hukuman yang akan dikenakan.

 

Media Baharu