fb fb fb fb fb

Senegal juara Piala Negara-Negara Afrika, Presiden isytihar cuti umum

FOTO AFP



SENEGAL, 7 Februari- Senegal mengakhiri penantian menjulang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika apabila menewaskan juara tujuh kali, Mesir 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir.

Kejayaan The Lions of Teranga menewaskan The Pharaohs dalam perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Paul Biya, Olembe itu sekali gus menyaksikan kejuaraan pertama selepas penampilan ke-16 dan menjadi negara ke-15 menjulang piala tersebut.

Ayam tambatan Senegal yang juga tonggak Liverpool, Sadio Mane dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir kali ini.

Sementara itu, penjaga gol Senegal yang juga pemain Chelsea, Edouard Mendy dipilih pemain terbaik kejohanan.

Pemain Cameroon, Vincent Aboubakar yang berusia 30 tahun pula dipilih pemenang penjaring terbanyak kejohanan.

Berikutan kemenangan Senegal itu, Presidennya, Macky Sall mengisytiharkan Isnin sebagai cuti umum untuk meraikan kejuaraan pertama pasukan bola sepak negara itu.

Selepas dua kekecewaan pada 2002 dan 2019, Senegal akhirnya merangkul gelaran Piala Negara-Negara Afrika pertama mereka. -AFP

Media Baharu