fb fb fb fb fb

Liga Premier: Perak FC tagih pengalaman 'otai'


KUALA LUMPUR, 6 Februari- Perak FC menagih pengalaman yang dimiliki beberapa pemain senior untuk membantu meletakkan pasukan dalam kedudukan terbaik pada saingan Liga Premier musim ini.

Ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah berkata pihaknya telah mengikat beberapa pemain senior bagi memperkuatkan pasukan.

Antara pemain senior yang membarisi Perak FC membabitkan dua bekas pemain kebangsaan seperti Indra Putra Mahayuddin; pemain sayap kiri Kuala Lumpur (KL) City FC pada musim lalu; dan bekas pemain tengah Selangor FC, Wan Zack Haikal Wan Noor.

Selain itu, pasukan turut diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain tengah Melaka United, Ahmad Syamim Yahya dan bekas penjaga gawang UiTM FC, Muhammad Zamir Selamat.

Jelas Yusri, pengalaman mereka diperlukan bagi membimbing pemain muda untuk saingan musim baharu.

"Kami sedang mengenal pasti beberapa pemain import yang akan dipilih bagi memperkuatkan pasukan, sekali gus memastikan Perak FC terus berada pada kedudukan terbaik liga," katanya.

Media Baharu